ketika cinta ber Dakwah~


Percayalah,kesusahan berdakwah itu bukanlah hukuman,sebaliknya ia adalah ujian dalam menghasilkan yang terbaik,dan mendapatkan yang terbaik...
sekali lagi, Inna Ma'al U'sri Yusro~

mengambil kesempatan ini,di kala insan lain nyenyak di ulit mimpi,aku pula bersama dengan 'mereka dan Dia' yg dapat menenangkan ku ; yg dpt meminjamkan rasa tenang itu sebentar kpdku.

membiarkan bibir terus mengungkapkan bait-bait cinta dariNya.seolah tidak mahu memberhentikan pembacaanku.terasa dekat.dekat denganNya.Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui segala yg di dalam hati ini.dan Engkau jualah tempat yg selayaknya utk aku mengadu domba.Aku ingin Kau dengar setiap keluhanku yg aku sendiri tak mampu menzahirkan nya di depan manusia.

.:Dakwah itu Cinta:.

dan cinta itu? dan cinta itu menginginkan segalanya...kenali sedalam-dalamnya pengertian cinta itu...Ya.cinta itu perlu dipupuk...sebelum boleh kita dipupuk dan memupuk,kenali lah ciri sebenar cinta itu.Cinta itu menginginkan segala-galanya...dan itulah juga hakikat sebenar dakwah..saya beri satu analogi,dalam berhubungan,seorang lelaki akan mencuba sehabis baik demi menunaikan setiap keinginan seorang perempuan yg dicintainya itu walau yg diidamkannya itu diluar jangkauan kemampuan si lelaki itu...bila dah cinta,kita akan willingly utk memberikan segala-galanya yg terbaik buat yg dicintai...begitulah dakwah...dakwah tak semudah mengajarkan ABC kpd seorang kanak-kanak tadika...kalaulah mata kail panjang sejengkal,jangan diduga lautan yang dalam...itulah hakikat dakwah...Arena dakwah adalah arena yg luas...disini,aku berasa gusar..hurmph...berfikir merenung diri...

"Ya Allah,dengarlah rintihan hambaMu ini.Aku dapat rasakan betapa luasnya lautan ilmuMu,aku hanya memiliki kurang setitis daripada ilmuMu.Ya Allah,aku bermohon agar Engkau berilah aku peluang untuk menambahkan ilmu-Mu,akan kusampaikan ilmu itu kpd hamba-hambaMu yg lain agar mereka dapat mengetahui betapa indah dan adilnya agamaMu,Ya Allah!"

dalam kapasiti yg serba kekurangan ini,mungkin ini jualah asbab kepada kegagalan ku.ku temui dua asbabnya.Ilmu dan amal fardhi.
Ilmu.ketika itu aku sama sekali tidak sedar akan hakikat ini.kerap kali aku tersalah menyampaika,aku menyampaikan mengikut rasa dan rasa,bukan berdasarkan pengetahuan yang mantap.semoga kesilapanku diampunkan olehNya kerana tidak mampu memberikan yg terbaik kpd mereka yg bersungguh-sungguh datang kpdku utk mencedok ilmu walaupun sedikit.dengan ilmu yg masih kurang juga,membuatkan aku seringkali silap dalam bertindak menangani isu-isu yg timbul yg aku perlu bertindak utk memperbetulkannya.namun,aku mengambil masa yg panjang disitu dan hingga sekarang pun,masih belum selesai.
Amal fardhi.mungkin kata-kataku tidak dapat menembusi hati hati itu.....mengapa?aku tahu dan pasti,masalahnya adalah pd amal fardhi ku juga.

pada beberapa detik kebelakangan ini,akalku kehilangan daya utk mencari penyelesaian,hatiku hancur oleh derita perasaan yang semakin berat menekan.Ya Allah,hanya Engkaulah yang mengetahui hal yang sebenarnya,aku melakukan segala galanya demiMu.Ya Allah bantulah aku dan berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini!
Andai Saidina Umar al-Khattab menangis teresak-esak setiap malam kerana takut akan fitnah sebagai seorang khalifah,aku pula?hanya Kau yg Tahu dan berhak Mengetahuinya...

terasa penat dan seakan mahu membiarkan.tetapi suara hati ini kuat mengatakan; jangan kau tinggalkan ia! kesabaran itu tunjangnya.teruslah berusaha dan bersabar! sesungguhnya Dia lah pemlik dan pemegang tiap hati hati manusia itu.engkau teruskan tugas kau dan yg selebihnya,serahkan pd Dia kerana hidayah itu bukan di tanganmu!

bibir tadi terus menelusuri surah Yunus hingga terberhenti di satu ayat ini yg bermaksud ;

"katakanlah Muhammad,"Siapakah yg memberi rezeki kpdmu dari langit dan bumi,atau siapakah yg kuasa menciptakan pengdengaran dan penglihatan,dan siapakah yg mengeluarkan yg hidup dari yg mati,dan mengeluarkan dari yg mati dari yg hidup,dan siapakah yg mengatur segala urusan?"Maka mereka akan menjawab. "Allah".Maka katakanlah, " Mengapa kamu tidak bertakwa kpdNya?" -Yunus:31

manusia tahu tapi manusia itu alpa.leka dengan kesenangan dunia.manusia ada ilmu tapi amalnya tiada.adapun,kurang penghayatan amalnya.muga hidayah itu diberikan kpd mereka.dan muga Allah tetapkan hidayah ini agar menjadi milikku selamanya.Allahumma ameen!

nota hati :
"hati meronta-ronta gelisah.sedih,kecewa.tetapi tidak dpt kuungkapkan nya.muga hidayah itu bakal menjadi milikmu sayangku...." aku akan terus berdoa untukmu tanpa putus!insyaAllah...kerana aku menyayangimu,duniamu dan akhiratmu...

6 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

banyakkan bersabar ya..pejuang yg hebat macam awk...Allah pasti akan uji dan goncang kan jiwa awak dengan ujiannya .kira awk menerima ujian direct dari Allah.... ia mungkin kesilapan diri sendiri kita juga.muhasabah diri ya..


setiap masalah itu datang dari Allah jua..yang hanya bole menyelesaikan ialah hanya Allah..kenapa kita jadi penat dan letih utk selesaikan sehingga rasa nak mengalah? sebabnya ialah kita kerahkan jiwa raga kita keseluhurannya utk cuba selesaikan tanpa bergantung kepada Allah atau mohon dulu pada Allah.. bila ingin selesaikan suatu mslh, hati itu perlu berharap dan bergantung pada Allah sepenuhnya sambil tubuh fizikal mencari penyelesainnya..
insyallah..jadi ubah cara ya...minta pada Allah tunjukkan jalan..


jika kita ingin menembus hati manusia..pertama, kita perlukan seikhlas2 nyer kerana Allah..mungkin kita masih tak cukup ikhlas kerana Allah bila nasihat orang itu.hati kita bercampur baur kerana urusan dunia... kedua, hati dan ruh perlu diperkuatkan dengan hubungan dengan Allah..sebab hati yang kotor tidak akan mampu membersihkan hati yang kotor yang juga..jadi ubatnya ialah perkuatkan lagi hubungan dengan Allah..:D


last not least

sabar itu indah..jadi bersabarlah ya..Allah selalu bersama pejuang2nyer..

Amalkan surah at-taubah 179..baca n faham kan maksudnyer ,masukkan dalam hati..7 kali pagi 7 kali petang..selamat try..


assalamualaikum...

miss iszyani said...

waalaikumussalam..
syukran kpd anonymous atas perkongsian dan nasihat yg amat bermakna :')

p/s : surah at-taubah ayat 179?
sy rasa at-taubah 129 kut? sbb at-taubah ada 129 ayat.. may i noe d exact..teringin nak amalkan..
muga usaha yg sedikit ini dipandang olehNya~

ikan :) said...

salam :)

subhanallah...

"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." " (at-taubah, 9 :129)

rasa mcm, diri ini, byk sgt kekurangan... huhu...wallahu'alam..

Pejuang UA said...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

[2:214]

Ketahuilah, dakwah itu akan menghisap darahmu sehinggah kering. tetapi, setiap darah yang dihisap itu akan menjadi saksi di akhirat kelak. bersedialah untuk berkorban

kejarlah kefahaman Islam, nescaya ilmu Islam akan berjalan seiringan.

Jangan sesekali tinggalkan dakwah, jika tidak, kamu akan rugi. dakwah adalah nikmat bukan beban. jalan dakwah milik Tuhan, sudah tentu Ia akan memeliharanya.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[9:39]

jaga hati, jaga iman, jaga amal :)

Anonymous said...

Salam

"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga. Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak" - As-syahid Syed Qutb

:) Inilah dia jalan yang amat panjang, jalan paling sukar, jalan paling berbahaya. tetapi hakikatnya, inilah dia jalan yang paling pendek, jalan yang paling senang dan paling selamat untuk ke syurga Allah :)

him nae yo :) (be strong)!

Anonymous said...

哪个聊天室有真人秀 , 在线聊天室哪个好 , 台湾丽人聊天室 , 语音聊天室哪个好 , 交友聊天室哪个好 , 平阴聊天室 , 裸聊视频聊天室哪个好 , 免费午夜聊天室哪个好 , 免费聊天室哪个好 , 多人视频聊天哪个好