Dua warga Malaysia di Guantanamo belum didakwa



"DUA rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamo masih belum didakwa tetapi diklasifikasikan sebagai 'high value detainees', kata Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay.


Berikutan itu, beliau berkata, jenis kesalahan Mohd Farik Amin serta Mohammad Nazir Lep masih belum diketahui, sekali gus tidak boleh didakwa mereka sebagai pengganas.

"Kedua-dua tahanan ini hanya diberitahu kepada perwakilan kita pada 2006 dan setakat hari ini (semalam) mereka masih belum didakwa.

"Mereka diklasifikasikan sebagai 'high value detainees' yang ada kira-kira 18 orang di sana," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Menjawab soalan tambahan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) pula, Kohilan berkata, kerajaan akan terus memantau kebajikan mereka serta memastikan kedua-duanya dibebas dan dihantar pulang.

Terdahulu menjawab soalan Loh, Kohilan berkata, kerajaan sentiasa mengulangi permohonan kepada pentadbiran Amerika Syarikat supaya Mohd Farik dan Mohammad Nazir dihantar balik ke Malaysia untuk menghadapi proses undang-undang negara ini.

Malah, katanya, Perdana Menteri sendiri menyampaikan hasrat itu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, melalui perbualan telefon pada 26 Jun lalu.

Selain itu, beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak juga meminta kedua-dua tahanan berkenaan dilayan mengikut norma antarabangsa dan secara berperikemanusiaan.

"Obama mengalu-alukan permintaan Malaysia dan menyatakan bahawa perkara itu akan dirujuk kepada pihak keselamatan Amerika Syarikat yang berkaitan.

"Menteri Luar terdahulu memaklumkan permohonan Malaysia kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton, pada 14 Mei lalu di Washington dan setiausaha Clinton sudah memberi komitmen untuk memaklumkan kepada Malaysia sebaik saja keputusan diambil oleh pentadbiran Amerika Syarikat

"Sewaktu perbincangan dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, James Steinberg, ketika lawatan kerja ke New York serta Washington, pada 25 November lalu, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi hasrat Malaysia supaya mereka dihantar balik ke negara ini," katanya.

Sementara itu, Kohilan berkata, kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan kajian semula pentadbiran Amerika Syarikat bagi menentukan langkah ke arah melaksanakan Arahan Eksekutif yang ditandatangani Obama supaya kem tahanan Teluk Guantanamo ditutup dalam masa setahun."

dipetik dari berita harian(4dec-jumaat)

Moga syahid diidam jadi kenyataan






"
Bismillahirrahmaanirraheem..Dulu waktu Tok Teh (nenek kpd isteri pakcik), suka ceritakan hal Nazir (anaknya) padaku, mmg susah nak dimengerti. Waktu itu juga Tok Teh mula pakai tudung labuh, aidylmarjanqudsi pernah tanya tentang tudung itu. Katanya Nazri yang bagi, katanya dia sangat rindukan Nazir, kenapa dengan Nazri? Aidylmarjanqudsi tertanya-tanya juga sebenarnya tapi segan nak tanya tuk. Aidylmarjanqudsi pun pernah terserempak sekali saja dengannya, itupun tiap kali datang rumah pasti dia akan keluar, kata Tuk Teh dia pemalu sangat orangnya dan tak suka kalau perempuan bukan muhrim ada di rumahnya, masatu ana baru form
five@four, tak berapa pasti..

Raya baru ni pun Tok Teh masih mengulang-ulang kalimat rindunya pada anak itu padaku, sebak juga apatah lagi si ibu merindui anaknya, Tok Teh suka berbual denganku kerana katanya aku jadi pengubat rindu.Setahu aidylmarjanqudsi, semua ahli keluarganya larang beliau dari tnton televisyen bimbang sedihnya makin memuncak sampai mengganggu kesihatannya. Siapa yang tak rindukan anak yg seorang ini, sudahla tidak pernah meninggalkan solat malam, warak dan tak pernah meninggi suara pada ibu. Kata Tok Teh, dia tak pernah melihat wajah ayahnya sejak kecil kerana ayahnya pergi menemui ilahi lebih awal..Lalu pernah Tok Teh suruhnya lakukan solat hajat untuk melihat wajah ayahnya yg dikasihi dan hasilnya mmg benar2 terjadi! katanya dia dapat melihat ayahnya dengan jelas dan sama seperti yg tertera dalam gambar.
Sungguh kami sekeluarga amat menghormati beliau kerana pekertinya.

Malam ini baru aidylmarjanqudsi tahu, kini beliau berada dalam tahanan polis Amerika yg menggelarkan diri mereka sebagai polis dunia. Cik Isa beritahu kami nama Nazir berada pada 1st ranking orang-orang yg ditahan oleh polis-polis kejam itu. Sememangnya dia satu pasukan dengan allahyarham dr.Azhari yg syahid baru-baru ini, skrg ini aidylmarjanqudsi tak dpt menggambarkan betapa seksanya keadaan di dalam tahanan kuffar itu, terbayang2 wajah kejam lindsay yg memperlakukan dengan kejam tahanan iraq dulu.

Namun, teringat pula kata ustaz Zawawi di fakulti edu, katanya "cuba kamu lihat mangsa-mangsa tsunami dalam akhbar, tentu kamu sedih melihat mayat-mayat arwah yg keadaannya menyayat hati, tapi pernahkah kamu terfikir, belum tentu keadaan mereka yg menyiksakan itu menggambarkan tersiksanya juga batin mereka bahkan Allah jualah yg Maha Mengetahui kemungkinan betapa bahagianya mereka dapat bertemu kembali dgn Tuhan mereka yg sekian lama mereka rindu"
"ustaz, saya setuju dgn pendapat ustaz" detik hatini waktu itu, mmg benar kebahagiaan seseorang itu hanya dirinya dan Allah jua yg sebenar-benar mengetahui. Jadi AIDYLMARJANQUDSI JUGA BERHARAP AGAR KETENANGAN JIWA ITU JUA MILIK GOLONGAN DAN ORANG2 YG BERJIHAD PADA JALANNYA PADA ZAMAN INI.

Tok Teh pernah menyebut yg Nazir pernah kata padanya, "mak, kalau kita ditakdirkan tak berjumpa lagi selepas ini, kita pasti akan bertemu di akhirat kelak insyaAllah" itu kata2nya dalam surat yg diutus tanpa stamp dan postman rasmi seperti kita selalunya. yaAllah, berikan kemenangan dan kekuatan pada umat islam seluruhnya, kami menanti saat itu ya Allah.."

Hati ini rasa terpanggil untuk menyambung kronologi(mungkin) peristiwa yg telah berlaku...petikan di atas saya petik dari blog kakak sulong saya..entry yg dah 3 tahun lepas mungkin...kini...Pak cik nazir masih dlm tahanan di Guantanamo(m'dpt update dr relative terdekat) dan....yang lebih menyayat hati apabila tok Teh telah pun meninggal dunia pada bulan April yg lepas...saya turut hadir ziarah tok Teh buat kali terakhirnya..air mata memang tak dpt dibendung pd masa itu...lebih2 lagi bila teringat kembali kata2 pak cik Nazir pdnya satu ketika dulu"mak, kalau kita ditakdirkan tak berjumpa lagi selepas ini, kita pasti akan bertemu di akhirat kelak insyaAllah"
Semoga mereka bertemu di jannahMu ya Allah...Amin..InsyaAllah
Pada waktu tok Teh meninggal dunia,kembar tok Teh turut hadir menziarah..oh,sebelum terlupa,tok teh sebenarnya seorg yg berbangsa Cina..namun,hanya tok teh yg convert pd Islam,kembarnya tidak...waktu first sight saya nampak kembar tok Teh,alangkah terperanjatnya saya!sgt2 iras tok Teh!namun,cepat2 saya beristighfar dan sedar kembali bahawa yg berada di hadapan saya waktu itu hanya lah tinggal jasad tok teh yg telah ditarik rohnya...rindukan belaiannya..rindu kan kata2 semangat drnya...boleh kan kalau saya mahu katakan bahawa Allahyarhamah adalah nenek yg terbaik? :')

Al-fatihah buat Allahyarhamah Kintan(tok Teh)
Doakan agar Pak cik Nazri tabah dlm jihad di jalan Allah!insyaAllah!

Moga syahid diidam jadi kenyataan......

Insya Allah!



Everytime, you feel like you cannot go on

You feel so lost
That you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you'll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
Your're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we'll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we'll find the way


InsyaAllah..positifkan diri!
To reach the top,THE FIRST STEP COUNTS!
Doakan saya mid term exam Economics 2 esok mlm..
i'll do my best..insyaAllah!
Hanya dengan keizinanMu aku dapat melakukannya Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat memerlukan belas dr MU..Amin..InsyaAllah

Baitul Muslim..



Assalamualaikum...
Harap all my readers sentiasa dlm lembayung rahmatNya...insyaAllah..

Entry kali ini...BAITUL MUSLIM?Maaf jika title bg entry kali ini agak meng'surprisekan sikit..hihi..mungkin ada di luar sana yg beranggapan "tak sesuai lg kut nak berbicara mengenai itu.."but,nvm,terpulang pd persepsi masing2 =)

Sebenarnya,dlm bas menuju ke rumah td,sedang asyik menikmati keindahan lembayung khirmizi yg sedang melabuh kan tirainya,tiba2 sahaja kotak fikiran ini melewati beberapa persoalan dan peristiwa yg berlaku kini dan kebelakangan ini..

Lokasi : di dalam bas dr MP(salah 1 cara utk mengobserve people&latih diri jd independent)huhu

Dari luar lg,jelas kelihatan,bas tersebut sudah hampir penuh muatannya..langkah pertama kaki ku ke dlm bas itu..."Ya Allah,permudahkan segala urusan ku dan jauhilah diriku dr sebrg kejahatan"...terus...mencari lokasi tempat duduk terbaik bg kami..sejujurnya,tidak ada yg sesuai..namun dgn terpaksanya,kami duduk di satu tempat yg mana depan dan belakangnya adalah anak remaja kini yg dikata 'bunga bangsa'...asap rokok..kata2 yg kesat..pergaulan bebas...Nauzubillah..lindungi lah aku dr tergolong dlm golongan tersebut ya Allah...sesungguhnya hidayah itu milik mutlak Allah..bila2 masa saja Allah berhak mengurnia malah pd bila2 masa juga Allah berhak menariknya..Nauzubillah...bila,melihat gelagat anak2 remaja tersebut yg umurnya sekitar 14-16 thn(tekaan ku),timbul di benak fikiran...sampai bila mereka mahu terus hidup dgn gaya hidup sebegini?pembentukan structure DNA kita telah pun bermula sejak dr lahir lg smbgn dr DNA yg kita inherit dr parents(&keturunan yg terdahulu)..namun,proses pembentukan structure DNA yg mengandungi komponen A,T,C,G itu tak pernah berhenti..sesungguhnya,apa yg kita lakukan hari ini,adalah acuan bg penghasilan DNA kita...bayangkan jika seseorg bayi itu lahir dr parents yg sesungguhnya telah 'rosak' DNA nya...Nauzubillah..bagaimana agaknya generasi akan dtg yg bakal terhasil sedangkan kini,statistik mengatakan purata 257 ribu bayi luar nikah telah lahir dlm tempoh setahun..Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. .Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!..Astaghfirullah...Boleh anda bayangkan betapa dahsyatnya remaja masa kini?saya bukan hendak menjatuhkan maruah golongan remaja..bahkan,saya sendiri seorg remaja...namun,saya bercakap ttg realiti semasa...Ya Allah Ya Tuhanku,Dikau selamatkanlah kaum ku..kurniakanlah kami hidayahMu ya Allah..

.

Tiba2 teringat kata2 seorg sahabatku ketika kami berada di Tanah tinggi Cameron,

"Andainya ada seorg insan yg bergelar ustaz(muslim yg mukmin dlm konteks ini) dtg meminangku,akan kuterimanya pd saat itu juga"

Jika difikirkan semula bait2 kata sahabatku itu,pd hakikatnya,kebenaran pd kata2nya itu amat mantap...Ketika ini,teringat jua saya pd niat yg telah kupasangkan di dalam hati ketika berada di tanah tinggi cameron pd ramadhan yg lepas...em,baiklah,terus dgn diskusi kita sebentar td...sesungguhnya,bilangan muslimin yg hebat dan mantap yg mampu memikul tanggungjawab sbg ketua kpd sebuah keluarga&organisasi&dll dan juga sbg khalifah di bumi Allah ini sememangnya semakin berkurangan...maka,peluang yg amat berharga itu jgn dilepaskan begitu sahaja...teringat jua akan penulisan seorg ikhwah di blog beliau...tentang konsep perigi cari timba...sebenarnya tiada konsep tersebut di dlm islam..malah,dgn kondisi dunia sekrg,seharusnya wanita itu yg harus mempunyai hak dlm memilih sendiri teman bg perjuangan dunia&akhiratnya...kerana takut,jika hnya sekadar menerima pinangan,peluang memilih itu tidak ada..akhirnya,terpaksa bernikah dgn insan yg tidak sepatutnya dinikahi..Nauzubillah...


Konklusinya,remaja kini hendaklah mula menetapkan matlamat dlm hidup masing2 agar perjalanan hidup mereka itu lebih terancang dan dpt melahirkan generasi yg disegani dan dpt dicontohi..Amin..insyaAllah...

sedikit pengisian...a sharing from I-Smart moderator...hav a look n listen..



Ya Rabb..

Ya Rabb..ampunkan aku...
mungkin ujianMu ini hanya 0.0000##1% dr dugaanMu yang Maha Hebat kalau nak dibandingkan dgn ujian yg telah Kau timpakan kpd hambaMu yg lain..
Daku terlalu mudah berasa tewas,tak mampu membela diriku sendiri dan terlalu murah airmataku..
Ya Rabbi..
sesungguhnya daku telah berusaha utk mengubah sifatku ini..
mungkin usaha ku masih tidak semaksimum yg mungkin...
Namun,
Daku mengharap*seharap2nya*
Kau kuatkanlah diriku...
Lembutkanlah hatiku utk melupakan segala apa yg telah terjadi..
dan ku mohon padaMu ya Allah!
Kau berilah hidayahMu kpd mereka..
hanya Kau yg berhak menentukan segala2nya...
Sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlakMu..
daku hanya mampu memohon...

O' Allah!
Dont leave me!
I shall fade away...

Dear readers,
  • Maaf.mungkin entry pd hari ini agak pack*3 entry berturut2*
  • act,the 3 entries are juz like a siblings that related to each other
  • pd mulanya niat dihati hendak ku teruskan proses pre-study 4 tomorrow's lectures..but the mind keep thinking bout this matter..hurmm..*i need to write sumting*n now..*quite relief*alhamdulillah
  • Syukran sgt2 pd mak krn tanpa jemu mendengar keluhan hati anakmu ini...
  • harap kalian turut mendoakan saya tabah menghadapi ujian ini ya..insyaAllah..
Solat dan berdoalah...serahkan semuanya kepada Allah...
Tak kurang,tak lebih,semua itu terjadi atas kehendak Allah..
Pasrahkan hatimu..
Sujudkan kepalamu agar fikiranmu tenang...
insyaAllah...

Al-Aulawiyyat...

PUT FIRST THINGS FIRST

Put First Things First adalah tabiat ketiga bagi manusia yang cemerlang. Iaitu manusia yang kalau berlari di trek perlumbaan, dia tiba segera dan sejahtera.

Bahasa Melayunya adalah Keutamaan.

Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.

Dalam kehidupan ini, Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.

big-rock.gif

Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz di dalam sebuah bekas.

Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar… malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.

Jika bekas itu adalah masa yang kita ada seharian, maka kita isikan ia dengan pasir, batu kecil dan akhirnya batu besar… malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.

Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah anak di sekolah? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid, atau Usrah bulanan, atau ceramah agama, atau pemeriksaan kesihatan?

Batu besar mana yang bakal kita korbankan, jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada?

Batu besar, batu kecil, pasir dan air!

Ya, jika bekas air dan masa diisi dengan Put First Things First, semua batu besar dapat dimasukkan. Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya.

Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.

Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu?

Itulah NILAI.

Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.

Apa yang besar? Rancangan kegemaran di televisyen? Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu? Mengejar harga runtuh di pusat membeli belah?

Apa yang bernilai dalam hidup anda ini?

Penentuan nilai kita, adalah pada cara kita melihat kehidupan. The World view…

*a sharing

Hidup terlalu singkat untuk membenci...

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

*ref; Ustaz Pahrol Muhamad Juoi