Hurmmm...???


Pagi 23 March...
Ya.tidak semua yg kita rancangkan akan berlaku spt apa yg telah direncanakan.
walaupun,telah dicatatkan dlm schedule harian,to-do list mahupun di set kan reminder di handphone..
Allah lebih Tahu...
Hajat utk ke pasar bkt beruang dgn berjalan kaki dgn mak tak kesampaian..
Pd sebelah lewat mlm nya kami dikejutkan dgn duha yg sudah mula tak selesa...
menunjukkan simptom2 awal demam...
Malah,destinasi kami berubah ke Klinik Amal&Surgeri di Bkt Katil...
Kenapa??
Si kecik Duha..demam pula..semlm teman nenek amik ubat dkt klinik,hari ni,si kecik tu pulak yg demam...
Si kecik Duha byk mengajar saya..
sepanjang hari ini,
Duha byk sebut ayat2 dkt bwh ni;
"AllahusSomad"
bermksud : (Allah tempat meminta segala sesuatu)Al-ikhlas; 2
"Allah selamatkan Duha"
"Adik2,InsyaAllah Boleh!"

Hati jd tersentuh.
Dalam diam,hati ini tak henti memohon dan merayu pd Allah agar sembuhkanlah demamnya.
tak sanggup lagi mendengar ayat2nya yg sgt membuat hati ini jd sayu :'(
tak sanggup juga melihatnya menahan sakit..
Alhamdulillah,demamnya beransur kebah..
hanya panas sedikit shj..
Muga cepat sembuhnya!

Hikmah perginya kami ke klinik Amal td,
Saya bertemu dgn Lecturer Accounting saya waktu Sem 1 dahulu..
Mdm Idayu...
Mdm bertanyakan course yg saya telah apply tempoh hari...
wuu...
takut nak menjawab pd mulanya...
tapi,akhirnya ku maklumkan jua demi ingin meminta secebis nasihat drnya...
Nasihat Mdm buat diri ini yg bercita2 utk persue ACCA...
"You nnt Iszyani,waktu practical nnt apply la practical at big 3 accounting firm"
"If u really want to persue your ACCA,make sure u focus on it.Full time! and not part time like me.Susah.."
Aduii..bila mdm ckp mcm tu td,mcm2 dah terbyg di fikiran...
Usia?Cita2?life planning?
Ya Rabb..segalanya kuserahkan padaMu..
Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diriku..Amiinn..
Dear readers,
doakan yang terbaik ya? ;)




Panjang ceritanya...


Assalamualaikum..dear readers! :)
Alhamdulillah..cuti mid term pun dah bermula..
hajat dihati ingin menggunakan cuti ini sepnuhnya buat family tersayang :')
Buat family yg tersayang,maaf atas segala tugas/tanggungjawab yg agak tak disempurnakan sebulan kebelakangan ini..
diri dihimpit dgn pelbagai tanggungjawab yang mungkin secara tak langsung telah melukakan hati kalian..
harap kalian faham..
inilah risiko yg harus ku ambil..tanggungjawab di uni. dan pd masa yg sama,tinggal di rumah bersama keluarga...
hubungan dgn kedua2nya harus kujaga...
itulah hakikat yg harus kutelan..
maaf sekali lagi atas setiap langkah yg tersalah..
Terima kasih jua pd mak dan kakak yg sudi mendengar luahan hati ini..
bila hati ini rasa ingin putus asa,kalian lah yg menaikkan semangat ini...
inilah,kelebihannya duduk bersama keluarga :')
syukron teramatt!

banyak perkara yg telah berlaku sepanjang sebulan kesibukan yg melanda diriku..
TIME MANAGEMENT!itu yang penting!

25 Februari 2010 (11 Rabiul Awwal)
kakak melahirkan cahaya matanya yg kedua..means that,Duha dah dapat adik! :D
baby girl again!huhu..bile la pulak nak dpt baby boy nie?hihi..tunggu angah la nnt :P

nak tengok gambar?



Namanya ; NUR AMINATU TOYIBAH
3.4 KG

Alhamdulillah,kakak skrg dah dikurniakan dua cahaya mata..
kedua2nya perempuan..
Nur Asmaa' Mamduhah (Duha)
dan..
Nur Aminatu Toyibah (Toyibah)

mcm mane pulak la perangai Toyibah nnt?ikut mcm kakak dia si kecik Duha tu jugak ke?
alamatnye pengsan la mak teh dia nie nak melayan :)
hihi..sekr dah ada upin&ipin versi perempuan pulak la nmpk nye :p wee~

em,nak cerita psl Duha pulak la :p
Duha?huhu..
dah banyak sgt benda yg dia belajar..huhu
lawak sgt bila tgk keletah dia..sekrg ni dia dah 2 tahun 1 bulan...

ape yg si kecik tu dah belajar lagi?

*sekarang ni si kecik tu tgh dlm sesi menghafal surah Al-Fatihah
*vocab english baru : swimming,student,HAA..NO..NO..NO..(maksudnye dia tak bg org buatla tu :P)
*zikir mmg sentiasa la dkt bibir dia..(walaupun bila nak melakukan kegiatan yg kurang sihat cthnye : nak rampas handfon mak teh secare senyap2!haa..nie la rupenye hidden agenda dia yer!) huhu!

Bile dah dpt adik ni,Duha byk bawak diri..
tak selalu sgt tido dgn mama dia...kadang2 bawa diri tido dgn nenek,kadang2 dgn mak teh.huuhu
yg pastinya,setiap kali nak pegi kelas,memang wajib la kene curi2 keluar dr rumah mcm pencuri..huhu..sbbnye?sbb yg pasti ialah : Duha nak ikut!
nanti after saye dah pegi kelas,dia mesti ckp pd mak atau kakak;
"mak teh tak ajak duha pun?"
wuuu..sedihnya!

yang pastinya jugak,
kebelakangan ni,saye ade byk pula miting di malam hari yg kewajipannya balik pukul 12 malam ke atas...
apa yang pastinya?
pastinya Duha tunggu saye pulang! :')
bile balik penat2 atau tension2 tu,bile tgk muke Duha,dan dgr dia ckp ; "eh,mak teh la" dgn muka yg sgt mengharap,hilang semua rasa penat dan tension yg melanda...
memang kene kiss habis habisan la si kecik tu..hhuhu :*

12 Mac pulak,family pergi jalan2 ke Sarawak,sempena cuti sekolah...
tinggal la saye,kakak yg masih dlm pantang,Duha dgn Toyibah..
agak haru biru gak la time tu..
dgn saye yg sgt sibuk dgn hal kampus(kirenye) dgn hal2 rumah..
kesian dgn kakak yg masih dlm pantang...huh..
Syukron kpd shbtku,Maya(kak lang) yg sudi menjenguk kami :')
time tu mmg tak tertahan lagi..
air mata memang berderai2 la nmpknye...
waktu tu,memang saye hanya mampu berdoa moga Allah panjangkan masa yg saye ada pada setiap hari yg perlu saye lalui sepanjang ketiadaan mak abah...
sepanjang minggu tu,saya byk nilai yg saya pelajari...
Syukron Ya Rabb atas tarbiyyah Mu yang tak ternilai ke atas hamba yg lemah ini :')

20 Mac...
walimah angah di rumah sebelah lelaki..
juga berlangsungnya Simposium Mahasiswa..
Maaf angah..Isz takdpt hadir walimah angah kali ni..
harap tak berkecil hati...
muga angah faham dgn situasi adiknya ini :'(
Simposium Mahasiswa...
hati berasa lapang...saya tak tahu nak gambar kan bagaimana lapangnya..walau apa pun natijahnya,Ya.muga usaha kita yg sedikit ini dipandang oleh Nya... :)

21 Mac...
semalam..Ya.semalam..
agak terkejut dgn kehadiran sahabat2 di MRSM Transkrian dulu...
mereka beramai2 dtg dr Selangor demi melawat sahabat mereka ini yg tak lah sehebat mereka...huhu
walau apa pun,kalian tetap sahabat buat diri ini sampai ke akhirnya!
rindu saat2 bersama kalian!
Syukron atas segalanya!

saya akhiri entry kali ini dgn beberapa gambar si kecik duha buat tatapan ;



1)"ish..nak pilih yg mane ye??"
2) "cepat2!!nanti susu Duha habis!" huhu


3) " hehe hee~ :D"
4) "Alamakk..kaunter tutup la pulak..lari cepattt" hee~

p/s : Syukron pd whole my family for ur encourage words :')
pp/s :Syukron pd Komiti Simposium Mahasiswa ats tarbiyyah dan pengalaman yg dpt diambil oleh diri ini..
ppp/s : Syukron pd sahabat2 Mrsm yg sudi dtg dr jauh menjenguk saye disini :')

renungan sejenak...



"Kadang kala,kita perlu menumpahkan se periuk lauk demi memberi pengajaran kepada seseorang"



p/s : mari berfikir sejenak...

Simposium Mahasiswa

Suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan idea-idea pembaharuan, sehingga sanggup berkering tekak bagi memastikan objektif dan wawasan perjuangan mereka kesampaian. Apa yang pasti usaha mereka sentiasa dihargai masyarakat, para pemimpin negara dan juga agama.

Hakikatnya, itu cuma senario dari lipatan sejarah kita puluhan tahun dahulu. Kini, angkatan belia muda atau dengan lebih spesifiknya golongan mahasiswa,kita dianggap lesu dan tidak bermaya. Tiada lagi kedengaran suara-suara dari para pejuang muda atau kelihatan kelibat tokoh-tokoh kepimpinan muda yang patut dibanggakan oleh masyarakat. Persoalannya bagaimanakah ini boleh terjadi? Di manakah generasi muda di mata masyarakat? Apakah telah padam obor kepimpinan generasi muda yang suatu ketika dahulu marak menyala? Apakah tiada kesinambungannya kini?

Jadi,dalam melahirkan waris kepimpinan yang hebat, kita perlu bersama menyingsing segala kekuatan yang ada dalam mencorakkan gaya kepimpinan yang akan mentadbir negara ini pada masa akan datang.Pelan tindakan bagi mengizinkan berlakunya transformasi di dalam tampuk kepimpinan mahasiswa seharusnya telah dilaksanakan!

“Sememangnya mahasiswa sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya agar dapat menjadi seorang pemimpin –pendidik ataupun transforming leader yang mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan datang biar mereka menjadi pemimpin negara. Menginsafi keadaan ini, pemimpin mahasiswa perlulah menoleh kembali peranan mereka. Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan. Hanya mahasiswa yang mempunyai visi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf(berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan(managing changing) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin(membawa rahmat ke seluruh alam).”
-Mustafa Kamil Ayub, 1989

Atas dasar kesatuan dalam membina kepimpinan yang ampuh jua lah kami berasa terpanggil untuk mengadakan Simposium Mahasiswa pada tahun ini.Simposium ini bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran di kalangan mahasiswa tentang peri pentingnya mencapai satu aliran pemikiran yang sama dalam seluruh organisasi kepimpinan Islam. Peserta Simposium ini juga akan disajikan dengan santapan minda dan rohani yang diharapkan dapat memberikan gambaran tentang corak kepimpinan yang matang dengan adanya persamaan aliran pemikiran yang berlandaskan syariat Islam dan cara terbaik untuk menangani masalah di dalam sesebuah organisasi kepimpinan.InsyaAllah…



Ayuh sertai kami!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di atas(poster) atau pun hubungi saya terus :)
Muga usaha kita ini diberkati Allah..Amin...

IF by Rudyard Kipling




This poem specially dedicate to ;
1) Sahabat karib sejak sekolah rendah : Fadhi dan liyana yg kini berada di mansoura U+jordan
*Semoga berjaya dlm bidang yg diceburi; Fadhi,bunch of luck in ur exam!
2) Sahabat2 BRASS dan MRSM Transkrian yg berkesempatan membaca blog ini
*Muga segala jalan yang kita pilih,redha Allah sentiasa bersama kita
3) Sahabat2 tarbiyah di bumi MMU
*Ya,muga kita thabat atas jalan ini dan muga segala urusan dipermudahkan olehNya

Mengapa saya pilih poem ini?
sebab : walaupun it dedicate to a son,but still,the encourage words yg terkandung di dlmnya boleh diguna pakai oleh semua.Ayat2 yg sgt2 memotivasikan saya.insyaALLAH anda jua :)
Muga makin hari kita makin kuat utk menghadapi hari muka.
Persiapkan diri utk segala galanya.InsyaAllah


p/s :
1) every single words in this poem; i really dedicate it to all of you!
2) nothing much to write..hanya mencuri masa utk mengupdate blog..sgt2 teringin utk menulis!huhu
3) doakan saya dan rakan2 alpha agar dipermudahkan dlm membuat keputusan utk memilih course utk degree nnt..muga keputusan yg dibuat adalah dapatan dr petunjuk Allah dan tidak tertumpu pd keinginan diri semata..amin...Yassir Wa la Tua'ssir

Berani hidup,Berani berubah,Berani Sukses!



BERANI ADALAH SEBUAH PILIHAN
Berani merupakan sebahagian dari naluri mempertahankan diri
Berani itu perlu perhitungan
Berani itu “do something”
Tidak berani bererti “do nothing”
Jadi : Berani hidup harus berani berubah !

SUKSES PERLU PERJUANGAN
Sukses tidak turun dari langit
Sukses bukan sesuatu yang instant
Jalan menuju sukses adalah jalan mendaki, bukan jalan menurun
Sukses dimulai dari mencari tentangan dengan berani berubah !
Percayalah : Anda ditakdirkan untuk sukses !


PERJUANGAN ITU TIDAK GAMPANG
Perjuangan selalu menghadapi AHTG :
Ancaman
Hambatan
Tentangan
Gangguan
AHTG berfungsi mematangkan proses menuju sukses
Kalau Anda merasa menghadapi kesulitan dalam memperjuangkan kesuksesan,
bererti ,Anda sudah berada di jalan yang benar menuju sukses!


MASALAH ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERJUANGAN
Satu-satunya orang yang tidak memiliki masalah adalah apabila sudah berada satu meter di bawah tanah
Di sebalik masalah ada kemudahan
Masalah adalah “mata kuliah” dalam “universiti kehidupan”
Jadi : Jangan merasa senang kalau tidak mempunyai masalah


BEZA ORANG SUKSES DAN ORANG GAGAL
Orang gagal terlalu cepat menyerah
Orang sukses pantang menyerah sebelum cita-citanya terwujud
Jadi : beranilah berubah untuk sukses !


ref ; imammustofa.blog.unnair

p/s : Bahagia di zon selesa anda sekarang?.Trust me,Kamu takkan kemana dgn sebegitu cara!

Positif lah! :)



Sudah lama rasanya tidak mencoretkan nukilan hati di 'diary' maya ni...
Entah...terlampau byk perkara yang tak dapat diungkapkan dgn kata kata..
dan akhirnya,DIAM ada solusi yang terbaik!
Kebelakangan ini,diri suka melihat dan mentafsir..setelah mentafsir,tidak diluahkan kpd siapa2 kerana saya fikir ini adalah pandangan individu(iaitu pandangan saya)..untuk menjaga kemaslahatan bersama juga..itu yg utama! :)

Setelah menjadikan diri sbg peng'observe' dan pentafsir...
apa yg saya alami,apa yg saya dapat dan apa yg saya fikirkan?
Ya.Manusia itu suka menghukum.
Menghukum hanya berdasarkan apa yg tampak di mata tanpa memikirkan aspek2 lain.
setelah itu,terus menghukum.tanpa ada nilai toleransi di sudut hati.
Kadang2 kita tak sedar,apa yg kita hukum kan hari ini,mungkin akan berlaku pada kita sendiri satu masa nanti.Nauzubillah!
Jadi,untuk mengelakkan hal sedemikian berlaku,apabila kita melihat sesuatu yg mungkin tak elok di mata kita,elakkanlah dari terus menghukum.
ambillah ibrah darinya...
Malah,adakan ruang toleransi di hati kita dgn memikir kan apa sebab/faktor berlakunya perkara yg tak sedap dipandang mata itu..
mungkin salah satu sebabnya adalah kita sendiri?
siapa tahu kan?
Jadi...
Adilkah kita jika bertindak sebegitu rupa?
Manusia sbg Khalifah di muka bumi Allah ini.
adakah kita telah memenuhi tiap aspek khalifah yg dikehendaki?
Jika tidak,janganlah berterus terusan menghukum.
kerana kita sendiri ada kelemahannya.
Seharusnya kita sendiri perlu bertindak dengan penuh hikmah.
dan sekali lagi,BUKAN TERUS MENGHUKUM.

"Wahai Daud,sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi,maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan )hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu),dan janganlah engkau menurut hawa nafsu,kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.Sesungguhnya orang-orang yang sesat di jalan Allah akan beroleh azab yanmg berat pada hari penghitungan amal,disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu."
Surah Syaad :26

-Positif lah!- :)