Ramadhan yg kurindui....

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kami.."

Alhamdulillah..
masih diberi kesempatan oleh Al-Khaliq utk terus berjumpa dgn Ramadhan kali ini..Syukur yang tak terhingga ku ucapkan atas nikmatMu ini ya Rabbi...Ampunilah segala dosa-dosaku selama 18 thn telah kuhirup udara di atas duniaMu yg hanya pinjaman buatku ini..InsyaAllah akan kugunakan sebaiknya setiap detik ramadhan kali ini..andai ini Ramadhan terakhir buatku...

Diatas,hanyalah sebuah draf yg insyaAllah dpt dikongsikan bersama..maaf ats segala kekurangan..ini hanyalah checklist peribadi ku..anda bolehlah tambah dgn ibadah2 lain yg mampu anda lakukan lebih dr saya..InsyaAllah..jzkk..

Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu'anna..

ramadhan kareem

Ahlan wasahlan Ramadhan yang kunanti...
Bismillaahirrahmaanirraheem, alhamdulillah Ramadhan akan datang lagi, kemuliaan yang tinggi semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan mulia ini sebagaimana Rasulullah dan para sahabat mengimarahkannya.
Puasa Salafussoleh itu ada 3:
1. Puasa
2. Qiyamullail
3. Tilawatul quran

"Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas mereka yg terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa" .
Didalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebihan, baik dari segi keinginan kearah kepuasan dan kehendak syahwat didalam satu jangkamasa waktu, bagi mereka terdapat banyak faedah-faedah baik dari aspek kesihatan maupun kearah kerohanian. Seorang Muslim akan merasai kelaparan yg dilalui oleh seorang Muslim yg lain tanpa makan atau minum, sebagaimana yg terjadi kepada saudara-saudara kita di Afrika. Bulan ramadan adalah bulan yg diutamakan, Allah swt telah menurunkan Al-Quran [pada bulan ini]
"Pada bulan Ramadan diturunkannya Al-Quran yg menjadi petunjuk kepada manusia, bukti kepada hidayah dan kayu pengukur"
"Sesungguhya telah diturunkannya di Malam Qadar. Apakah kamu tahu apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan" .
Diampunkan dosa-dosa mereka yg lepas jika mereka berpuasa dengan penuh iman dan azam. Sebagaimana disahkan oleh sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. katanya : telah bersabda Rasulullah saw :
"Barangsiapa yg berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah telah mengampun dosa-dosa yg telah lalu, dan barangsiapa yg qiam dimalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah swt akan mengampunkan dosanya yg telah lalu, dan barangsiapa yg berqiam dimalam Lalitul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yg terlalu" - dipersetujui oleh semua perawi.
Kewajipan berpuasa menjaga dirinya dari melakukan perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan, dan mencegah dari melakukan semau keburukan, lebih banyak baginya membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh didalam melakukan amal ibadat khusus didalam 10 terakhir Ramadan.

campur+campur =)

salam =)
Act,dh lame kn tak post entry bout my life lately...so,here i come wif mix+mix n every thing is mixed up!huhu

firstly,starting wif ;
majlis merisik angah...hehe
venue : rumah bkt katil
time : 3 pm-5 pm
date : ? (tak ingat plak) hehe

kat atas tue,ade mak pozy,mak long,pak long,abah,pak cik mansor,family side lelaki n mak yg agak tersembunyi kat belakang tuh..huhu..they discussed everything bout the future majlis...bg cincin merisik n dll..hal org tua2,tak ley nk nyibuk sgt!huhu..while,daku plak dok dlm bilik ajar syah maths dgn dek ya,angah n kak ain...huhu

second event;
ape ekk?haa..
venue :pusat latihan NUBE,port dickson
date : 31st july-2nd august 2009
KURSUS INDUKSI YTM 2009
Haa..yg nie event yg plg excited daku nk share story =D
Act,setakat nie,kem YTM mmg best2 sgt2!but yg buat lagi interesting nye,dpt group members yg sgtt best!let me introduce 'em to u all...starting from Ray,haniff,zhaff,akim,tengs,two,saye ;) ,haz,eleena,syud n syika...huhu..act,haz,zhaff n akim are my past group members wktu bengkel pemilihan dulu..GROUP G!huhu..sehati sejiwa tak kami??hehe..then,haniff plak,group members wktu interview kat menara TM dulu..huhu..best sgt deyh dpt jumpe korg sume!yg plg gelak skali haniff la..muke excited sgt terkejut bile nmpk daku same group dgn dier lagik..huhu..hanif,ko hampir terkezutt kan aq gak time tue tau!huhu..then,zhaff dgn akim mmg tergelak besar la bile kitorg same group lagik..haha..wktu kat dlm team plak,sibok dok perang compare2 kn between MMU melaka n MMU cyber..huhu..MMU melaka is da best tauw! =p hehe..

Finally..setelah agak letey menaip ;
event : duha balek uma!besh!
wuu...rindu sgt kat Duha!hehe..act,si kecik nie ade kat uma since jumaat lepas sampai ahad jep..weekend only kn..tapi,disebabkn daku ade kem ytm tue,daku request kakak balek gombak lmbt siket..nak jumpe duha gak..tak kire!huhu...duha...many new things dat she had learnt...yg sgt respect tue bile,dier tgk azan kat tv,dia boley smbg terus what the next ayat of azan tue!she is only 1 year 6 months!anak2 itu ibarat kain putih,dan ibu bapalah yg mencoraknya kn?so,its proven!hope she will be excellent in every thing in her life time n hereafter~Amin!

mungkin setakat nie jep entry buat kali nie..nmpknye semua cerita dah digaul secukup rasa..dah siap utk disajikan pun..moga kalian menikmati nya! =)