ketika cinta ber Dakwah~


Percayalah,kesusahan berdakwah itu bukanlah hukuman,sebaliknya ia adalah ujian dalam menghasilkan yang terbaik,dan mendapatkan yang terbaik...
sekali lagi, Inna Ma'al U'sri Yusro~

mengambil kesempatan ini,di kala insan lain nyenyak di ulit mimpi,aku pula bersama dengan 'mereka dan Dia' yg dapat menenangkan ku ; yg dpt meminjamkan rasa tenang itu sebentar kpdku.

membiarkan bibir terus mengungkapkan bait-bait cinta dariNya.seolah tidak mahu memberhentikan pembacaanku.terasa dekat.dekat denganNya.Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui segala yg di dalam hati ini.dan Engkau jualah tempat yg selayaknya utk aku mengadu domba.Aku ingin Kau dengar setiap keluhanku yg aku sendiri tak mampu menzahirkan nya di depan manusia.

.:Dakwah itu Cinta:.

dan cinta itu? dan cinta itu menginginkan segalanya...kenali sedalam-dalamnya pengertian cinta itu...Ya.cinta itu perlu dipupuk...sebelum boleh kita dipupuk dan memupuk,kenali lah ciri sebenar cinta itu.Cinta itu menginginkan segala-galanya...dan itulah juga hakikat sebenar dakwah..saya beri satu analogi,dalam berhubungan,seorang lelaki akan mencuba sehabis baik demi menunaikan setiap keinginan seorang perempuan yg dicintainya itu walau yg diidamkannya itu diluar jangkauan kemampuan si lelaki itu...bila dah cinta,kita akan willingly utk memberikan segala-galanya yg terbaik buat yg dicintai...begitulah dakwah...dakwah tak semudah mengajarkan ABC kpd seorang kanak-kanak tadika...kalaulah mata kail panjang sejengkal,jangan diduga lautan yang dalam...itulah hakikat dakwah...Arena dakwah adalah arena yg luas...disini,aku berasa gusar..hurmph...berfikir merenung diri...

"Ya Allah,dengarlah rintihan hambaMu ini.Aku dapat rasakan betapa luasnya lautan ilmuMu,aku hanya memiliki kurang setitis daripada ilmuMu.Ya Allah,aku bermohon agar Engkau berilah aku peluang untuk menambahkan ilmu-Mu,akan kusampaikan ilmu itu kpd hamba-hambaMu yg lain agar mereka dapat mengetahui betapa indah dan adilnya agamaMu,Ya Allah!"

dalam kapasiti yg serba kekurangan ini,mungkin ini jualah asbab kepada kegagalan ku.ku temui dua asbabnya.Ilmu dan amal fardhi.
Ilmu.ketika itu aku sama sekali tidak sedar akan hakikat ini.kerap kali aku tersalah menyampaika,aku menyampaikan mengikut rasa dan rasa,bukan berdasarkan pengetahuan yang mantap.semoga kesilapanku diampunkan olehNya kerana tidak mampu memberikan yg terbaik kpd mereka yg bersungguh-sungguh datang kpdku utk mencedok ilmu walaupun sedikit.dengan ilmu yg masih kurang juga,membuatkan aku seringkali silap dalam bertindak menangani isu-isu yg timbul yg aku perlu bertindak utk memperbetulkannya.namun,aku mengambil masa yg panjang disitu dan hingga sekarang pun,masih belum selesai.
Amal fardhi.mungkin kata-kataku tidak dapat menembusi hati hati itu.....mengapa?aku tahu dan pasti,masalahnya adalah pd amal fardhi ku juga.

pada beberapa detik kebelakangan ini,akalku kehilangan daya utk mencari penyelesaian,hatiku hancur oleh derita perasaan yang semakin berat menekan.Ya Allah,hanya Engkaulah yang mengetahui hal yang sebenarnya,aku melakukan segala galanya demiMu.Ya Allah bantulah aku dan berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini!
Andai Saidina Umar al-Khattab menangis teresak-esak setiap malam kerana takut akan fitnah sebagai seorang khalifah,aku pula?hanya Kau yg Tahu dan berhak Mengetahuinya...

terasa penat dan seakan mahu membiarkan.tetapi suara hati ini kuat mengatakan; jangan kau tinggalkan ia! kesabaran itu tunjangnya.teruslah berusaha dan bersabar! sesungguhnya Dia lah pemlik dan pemegang tiap hati hati manusia itu.engkau teruskan tugas kau dan yg selebihnya,serahkan pd Dia kerana hidayah itu bukan di tanganmu!

bibir tadi terus menelusuri surah Yunus hingga terberhenti di satu ayat ini yg bermaksud ;

"katakanlah Muhammad,"Siapakah yg memberi rezeki kpdmu dari langit dan bumi,atau siapakah yg kuasa menciptakan pengdengaran dan penglihatan,dan siapakah yg mengeluarkan yg hidup dari yg mati,dan mengeluarkan dari yg mati dari yg hidup,dan siapakah yg mengatur segala urusan?"Maka mereka akan menjawab. "Allah".Maka katakanlah, " Mengapa kamu tidak bertakwa kpdNya?" -Yunus:31

manusia tahu tapi manusia itu alpa.leka dengan kesenangan dunia.manusia ada ilmu tapi amalnya tiada.adapun,kurang penghayatan amalnya.muga hidayah itu diberikan kpd mereka.dan muga Allah tetapkan hidayah ini agar menjadi milikku selamanya.Allahumma ameen!

nota hati :
"hati meronta-ronta gelisah.sedih,kecewa.tetapi tidak dpt kuungkapkan nya.muga hidayah itu bakal menjadi milikmu sayangku...." aku akan terus berdoa untukmu tanpa putus!insyaAllah...kerana aku menyayangimu,duniamu dan akhiratmu...