Saya tiba,tetapi saya tidak tahu daripada mana?
Akan tetapi,saya tiba,sungguh saya sudah melihat dihadapanku ada jalan..
lalu saya pun berjalan...
dan saya tetap akan berjalan
baik saya kehendaki ataupun saya enggan untuk itu...
saya tidak tahu...
saya tidak tahu...
Nauzubillah~
Kamu tidak tahu dan kamu tidak membaca,kamu telah berpaling dan kamu derhaka,kamu berdosa,bersalah dan berlaku sombong..nah,ini balasan nya buat kamu...kamu yang membuai rasa tidak tahu itu hingga tidur selena-lenanya tanpa dikejutkan untuk BANGUN dan MENCARI...
Kata Syeikh Ibnu 'Athaillah ;Kamu tidak tahu dan kamu tidak membaca,kamu telah berpaling dan kamu derhaka,kamu berdosa,bersalah dan berlaku sombong..nah,ini balasan nya buat kamu...kamu yang membuai rasa tidak tahu itu hingga tidur selena-lenanya tanpa dikejutkan untuk BANGUN dan MENCARI...
"Sebahagian daripada tanda-tanda kejayaan di akhir tujuan itu ialah kembalinya kepada Allah Yang Maha Tinggi pada awal langkah"
Sahabat.Mari.BANGUN.betulkan niat.tune semula hati itu~
Kita mahukan Redho Allah itu tetapi atas niat apa kebaikan-kebaikan itu kita lakukan?
Kita mahu mempertajamkan mata hati dlm mengenal Dia,tapi kita tak pernah mencari kaifiatnya?kata-kata hanya terus meniti di bibir...tinggal di situ.
Kita mahukan dan meminta pertolongan kepada Allah tetapi hati kita tidak khusyu' dan tawadhu' dalam mengingatiNya...hati itu tempat letaknya Niat...ayuh,tune semula hati itu~!
Sekali air bah,sekali pantai berubah..Jangan jadi seperti itu...tidak dinamakan perjuangan tanpa kepayahan bukan?
Duhai diri...
Misi Agung sbg seorg manusia tidak akan selesai selagi hayat yg ditempuh tidak melalui jalan berliku...
Misi Agung sbg seorg manusia tidak akan selesai selagi hayat yg ditempuh tidak melalui jalan berliku...
Pengorbanan selalunya menuntut sebuah kesetiaan dan ketabahan yg penuh rasa iltizam...
Hidup ini JIHAD...dan begitulah juga dgn menuntut ilmu...
Ilmu ibarat air yg mengalir,tadahilah ia dgn penuh rasa ikhlas,insaf dan bersyukur...
Dunia dan akhirat hanya diperoleh dgn ilmu...
Kebahagiaan yg hakiki hanyalah apabila dapat menyempurnakan segala hak2 Allah dan dapat beramal dgn Sunnah Nabi...
Jalankan tugas sebagai hamba Allah yg sejati...
Tahu diri sbg hamba adalah ilmu,Merasa diri sbg hamba adalah penghayatan...
Teman Sejati Membina Ukhuwah Sejati...
Oleh itu,jadikan Al-Quran sbg teman sejati,Solat sbg pendinding diri,Zikir sbg muraqabah kpd Ilahi...
Hanya dgn mengingatiNya hatikan tenang...
Selamanya berjihad pada jalan Ilahi!
Capailah kejayaan melalui Solat&Sabar..
Allah Knows Best!
Malam 1 syawal yang lepas,sayu mendengar takbir yang kedengaran.teringatkan abah yang masih di sana..teringat malam raya yang lepas,bersama-sama seluruh keluarga solat berjemaah,mendengar tazkirah dan bertakbir bersama-sama...Allah...dalam takbir pun masih mengingati manusia?bukankah takbir itu untuk mengingati Allah,bukan mengingati manusia?kalimah "ALLAHUAKBAR" yang bermaksud ALLAH Maha Besar...terang-terangan telah dinyatakan...bibir melafazkan ALLAH,tetapi,hati masih mengingati MANUSIA...nah,baru diuji sedikit,hati sudah tidak keruan!mengingati manusia lebih dari mengingatiNya sedangkan atas kuasaNya juga 'nikmat' itu dapat dikembalikan..tidak adil kan manusia?meminta kepada Dia,tetapi dalam beribadat pun masih mengingatkan manusia...hanya pengabdian kepada Tuhannya dari sudut fizikal,tetapi hatinya masih kepada manusia...Allah..inilah hambaMu :'(
Kesibukan dunia...Allah..ini lagi satu masalah hambaMu ini...
teringat kata-kata Rabiah Al-Adawiyah ;
"Carilah akhirat nescaya dunia mengejarmu.Sekiranya hanya dunia yang kamu idamkan,hancurlah dunia dan akhiratmu"
Alhamdullillah.saya percaya bahawa dari paksaan itu juga akan membuahkan rasa ikhlas.saya percaya itu.'memaksa' diri ke sebuah majlis zikir dalam kesibukan dan kegusaran hati dan diri yang bakal 'berperang' dunia di dewan peperiksaan.sedar,hati ini perlu diberi 'santapan'nya.akhirnya,berbekal iltizam,melangkah juga ke majlis zikir itu.berpeluang solat berbumbungkan langit walau tanpa bintangnya,hujan yang turun rintik-rintik...Allah..hinanya diriku dihadapanMu...betapa hambanya aku...hamba kepada Dia..selama ini,hati terus menjadi 'hamba' kpd tuntutan-tuntutan duniawi...hubungan antara aku dengan Dia yang amat terhad...sedangkan ilmu yang diperolehi tidak menjamin akhlak dan adab kita kepada Allah...Bahkan,ilmu itu juga sekiranya digunakan bukan pada tempatnya,hanya akan menyebabkan kita terhumban hina ke dalam neraka...Nauzubillah...tetapi Ya Allah,inilah hambaMu :'(
Teringat lagi nasihat Rabiah Al-Adawiyah ;
" Jadikanlah diri kalian tawadhu' dan khusyu' seperti di dalam solat sepanjang hari,setiap detik dan saat" *subhanaAllah,mampukah kita?
Bersihkan hati dengan siraman takwa supaya memperoleh hati yang sentiasa rindu dan cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya.Bukankah kita selalu berikrar pada permulaan solat dalam doa iftitah dengan lafaz ,sesungguhnya solatku,ibadahku,dan matiku hanya utntuk Allah,Tuhan sekalian Alam?Engkau mencintai dan merindui Tuhan dan RasulMu?buktikan~!
*Inna Ma'al U'sri Yusro "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [i meant it ] :')
*ayuh sahabat,merefleksi diri...
*entry ini yang pertama 'dilahirkan' setelah 4 bulan berusaha mendapatkan hanya segulung kertas yang bernama 'ijazah'
*Semoga hati ini,sentiasa dekat...padaNya...
*banyaknya halangan?pasti besar kejayaan yang menanti di depan kan? positif-lah~! ^__^