They are my precious after all!

It's hard for me to describe how much I love you!
Being your child has been one of the greatest gifts in my life.
There's nothing that could ever change how I feel about both of you!

here,i come again to my sometimes-updated-blog..
I normally, will only write for a person or persons that i want to appreciate them.
I normally write for a person or persons whom i love with all my heart.
its just a matter whether you realising it or NOT.
My entries may showed a general content,but actually it is NOT.

And...NOW...
I will write about the precious of my life after all.

Dear Mak abah,
There is so much I want to say but honestly I do not know where to begin..
hurm..just lets get started with what has happened today.. :'(
honestly..isz susah nak terima apa yg terjadi pagi ni..
mak..kan isz dah pernah bagitahu mak dulu,isz tak boleh kena tinggal without you saying 'byebye' to me,without i kiss ur cheek,ur forehead n same like you did to me..
ingat lagi waktu tu isz was in standard 5..mak baru nak mula bekerja bantu abah tampung keluarga..waktu tu,isz memang xboleh kalau mak pergi kerja waktu isz tgh tidur..isz xboleh terima sangat :'(
but today..both of you left to Jakarta while i'm sleeping in my room..
i cant accept it..
bangun tidur dlm keadaan terus menangis...isz cari dkt katil mak,kerusi sandar abah..tp...both of you already left me..without a word... :'(

Mak,
you are the greatest mom,teacher,friend i ever had mak :'(
people often says that between you and me seems like a really good friend :')
i told you everything..every single story of my life..

Abah,
without you realise or not,
you are the greatest dad and greatest teacher of my life..
dulu,abah mesti pastikan setiap hari isz hafal 20 new vocabulary words in English,hafal sifir setiap hari,habiskan buku latihan sebelum balik kampung raya,buy me a special book for add math during my difficult times to learn that subjects..
until today,u helps me a lot in understanding hundreds pages of english journal,you helps me a lot with your opinion towards malaysian politics..u may looks like a normal person but the knowledge in you are uncountable!
I just have no idea o how to describe my love for you :'(
kita pernah 'jauh'...dan isz tak mahu selamanya 'jauh' dari abah..

Mak,Abah,Isz doakan mak abah selamat pergi dan balik ya..
entah,terasa lama pula pemergian kalian kali ini.. :'(




inilah luahan hati dari seorang anak yang selalu menyusahkan hati kalian,
yang selalu tiada masa utk kalian :'(
tetapi ketahuilah bahawa anak ini benar2 menyayangi kalian dunia dan akhirat!
isz akan pastikan,apa yang isz buat di dunia ini,mak dan abah akan turut merasa kebaikannya di akhirat sana..
thats my promise..hold my words..mak,abah..

"WE ARE SO BUSY GROWING UP,WE OFTEN FORGET THEY ARE ALSO GROWING OLD"

this statement is so true indeed. :'(

biar Dia yang memujuk hati ini~



bila emosi mengunci hati,lalu lahirlah ayat ayat dari hati sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Robbi...

Terima kasih ya Allah kerana tidak jemu-jemu memberikan ujian buat hambaMu yg kerdil ini..terasa bertuah kerana sering dipandang dengan ujian yang diundang Allah...
ku usahakan..agar hati ini tidak terbelenggu dek emosi...
puas menghabiskan sisa-sisa air mata di sejadah pemberian bonda,daku bangun..mentafsirkan monolog hati ke kanvas penulisan..
Ya Robbi...diri ini terlalu merindukan Mu! terlalu rindu... :'(
daerah jenis apakah yg sedang ku lalui sekarang? :'(
Allahu Allah...jangan kau pesongkan hati ini setelah Kau memberikan ku hidayahMu...
monolog hati..

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,

Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Duhai pemilik hati,hanya kepada Engkau lah aku meminta dan bergantung harap,kuatkanlah dan lapangkanlah hatiku kerana Engkaulah sumber kekuatanku Ya Allah.. :'(

Allah beri ujian,biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendakNya... :')

teringat...

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."

Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka...

bangunlah menghadap Dia..
Dia merindukan rintih dan tangis kita...


bisikan dari saya buat kalian semua ...


ketika cinta ber Dakwah~


Percayalah,kesusahan berdakwah itu bukanlah hukuman,sebaliknya ia adalah ujian dalam menghasilkan yang terbaik,dan mendapatkan yang terbaik...
sekali lagi, Inna Ma'al U'sri Yusro~

mengambil kesempatan ini,di kala insan lain nyenyak di ulit mimpi,aku pula bersama dengan 'mereka dan Dia' yg dapat menenangkan ku ; yg dpt meminjamkan rasa tenang itu sebentar kpdku.

membiarkan bibir terus mengungkapkan bait-bait cinta dariNya.seolah tidak mahu memberhentikan pembacaanku.terasa dekat.dekat denganNya.Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui segala yg di dalam hati ini.dan Engkau jualah tempat yg selayaknya utk aku mengadu domba.Aku ingin Kau dengar setiap keluhanku yg aku sendiri tak mampu menzahirkan nya di depan manusia.

.:Dakwah itu Cinta:.

dan cinta itu? dan cinta itu menginginkan segalanya...kenali sedalam-dalamnya pengertian cinta itu...Ya.cinta itu perlu dipupuk...sebelum boleh kita dipupuk dan memupuk,kenali lah ciri sebenar cinta itu.Cinta itu menginginkan segala-galanya...dan itulah juga hakikat sebenar dakwah..saya beri satu analogi,dalam berhubungan,seorang lelaki akan mencuba sehabis baik demi menunaikan setiap keinginan seorang perempuan yg dicintainya itu walau yg diidamkannya itu diluar jangkauan kemampuan si lelaki itu...bila dah cinta,kita akan willingly utk memberikan segala-galanya yg terbaik buat yg dicintai...begitulah dakwah...dakwah tak semudah mengajarkan ABC kpd seorang kanak-kanak tadika...kalaulah mata kail panjang sejengkal,jangan diduga lautan yang dalam...itulah hakikat dakwah...Arena dakwah adalah arena yg luas...disini,aku berasa gusar..hurmph...berfikir merenung diri...

"Ya Allah,dengarlah rintihan hambaMu ini.Aku dapat rasakan betapa luasnya lautan ilmuMu,aku hanya memiliki kurang setitis daripada ilmuMu.Ya Allah,aku bermohon agar Engkau berilah aku peluang untuk menambahkan ilmu-Mu,akan kusampaikan ilmu itu kpd hamba-hambaMu yg lain agar mereka dapat mengetahui betapa indah dan adilnya agamaMu,Ya Allah!"

dalam kapasiti yg serba kekurangan ini,mungkin ini jualah asbab kepada kegagalan ku.ku temui dua asbabnya.Ilmu dan amal fardhi.
Ilmu.ketika itu aku sama sekali tidak sedar akan hakikat ini.kerap kali aku tersalah menyampaika,aku menyampaikan mengikut rasa dan rasa,bukan berdasarkan pengetahuan yang mantap.semoga kesilapanku diampunkan olehNya kerana tidak mampu memberikan yg terbaik kpd mereka yg bersungguh-sungguh datang kpdku utk mencedok ilmu walaupun sedikit.dengan ilmu yg masih kurang juga,membuatkan aku seringkali silap dalam bertindak menangani isu-isu yg timbul yg aku perlu bertindak utk memperbetulkannya.namun,aku mengambil masa yg panjang disitu dan hingga sekarang pun,masih belum selesai.
Amal fardhi.mungkin kata-kataku tidak dapat menembusi hati hati itu.....mengapa?aku tahu dan pasti,masalahnya adalah pd amal fardhi ku juga.

pada beberapa detik kebelakangan ini,akalku kehilangan daya utk mencari penyelesaian,hatiku hancur oleh derita perasaan yang semakin berat menekan.Ya Allah,hanya Engkaulah yang mengetahui hal yang sebenarnya,aku melakukan segala galanya demiMu.Ya Allah bantulah aku dan berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini!
Andai Saidina Umar al-Khattab menangis teresak-esak setiap malam kerana takut akan fitnah sebagai seorang khalifah,aku pula?hanya Kau yg Tahu dan berhak Mengetahuinya...

terasa penat dan seakan mahu membiarkan.tetapi suara hati ini kuat mengatakan; jangan kau tinggalkan ia! kesabaran itu tunjangnya.teruslah berusaha dan bersabar! sesungguhnya Dia lah pemlik dan pemegang tiap hati hati manusia itu.engkau teruskan tugas kau dan yg selebihnya,serahkan pd Dia kerana hidayah itu bukan di tanganmu!

bibir tadi terus menelusuri surah Yunus hingga terberhenti di satu ayat ini yg bermaksud ;

"katakanlah Muhammad,"Siapakah yg memberi rezeki kpdmu dari langit dan bumi,atau siapakah yg kuasa menciptakan pengdengaran dan penglihatan,dan siapakah yg mengeluarkan yg hidup dari yg mati,dan mengeluarkan dari yg mati dari yg hidup,dan siapakah yg mengatur segala urusan?"Maka mereka akan menjawab. "Allah".Maka katakanlah, " Mengapa kamu tidak bertakwa kpdNya?" -Yunus:31

manusia tahu tapi manusia itu alpa.leka dengan kesenangan dunia.manusia ada ilmu tapi amalnya tiada.adapun,kurang penghayatan amalnya.muga hidayah itu diberikan kpd mereka.dan muga Allah tetapkan hidayah ini agar menjadi milikku selamanya.Allahumma ameen!

nota hati :
"hati meronta-ronta gelisah.sedih,kecewa.tetapi tidak dpt kuungkapkan nya.muga hidayah itu bakal menjadi milikmu sayangku...." aku akan terus berdoa untukmu tanpa putus!insyaAllah...kerana aku menyayangimu,duniamu dan akhiratmu...

memaknakan "inna ma'al usri yusro"

~~~~~~~
" Inna Ma'al usri yusro"
"~sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan~"
-Asy-syarh : 6-

Dua kali penekanan Dia berikan.
'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan' Asy-syarh : 5
'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan' Asy-syarh : 6
Yakinlah!
hadapi dengan senyuman walau diuji dgn sepahit mana ujian sekali pun...Allah..tabahnya si hamba itu!
yakinnya dia pd ayat dari Dia...muga diri ini menjadi sekuat itu ~

-chapter 1-

Internal conflict yang berlaku disebabkan oleh kegagalan diri sendiri dalam mengawal keadaan,mengawal suasana...
mungkin masih 'baru' lagi dlm 'memberi'...quoted from secebis nasihat buat diri ini semalam; 'dalam apa pun,segalnya bermula dari diri sendiri...tak semua soalan memerlukan dijawab jawapan'~ terkesan.
mmg atas segalanya bermula dgn diri sendiri.diri sendiri yg tak mahu memulakannya.diri sendiri yg masih kabur dlm ingin memulakannya.

Quoted dari nasihat yg saya dpt semlm;
" bukan senang nak masuk syurga~" =_+"

hati tersentap.tersentap dgn ayat ustaz.memang.terasa payahnya.nak masuk syurga bukannya dihitung amal individu shj,tp amal kita kpd orang2 di sekeliling kita.amar makruf nahi mungkar~ adakah kita laksanakan?atau masih terus bersubahat dgn 'kemeriahan' dosa yg berlaku? Allah..jadikan lah aku seorang yg mampu memberi hikmah kpd org lain~[sgt memohon!]

"sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku"
(surah Yusuf,12:86)


"barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhir,hendaklah dia berkata baik ataupun diam."
bila diam itu yang terbaik buat saya,inilah yg saya pilih....Allah!Allah!Allah!
diam bukan bererti setuju mahupun merelakan...let Him decide~ Dia pemegang tiap hati hambanya bukan?

again...

"Inna maal usri Yusro!"


-chapter 2-

bahang final exam kian terasa.
syukran jua kpd adik2 fosee yg menjadi salah satu asbab mood final exam saya bermula pd awal waktu.huhu [syukran kpd adik2 yg tak berhenti bertanya soalan,minta tunjuk ajar.sekali gus menaik kan semangat study saya! :)]
subject yg dikatakan 'killer' subject for accounting student ada pd sem ini.
lebih perhatian diberikan kpd si 'dia' Encik FAR~ :P [huu..muga tak terlebih sgt perhatian buat si 'dia' sampai yg lain kejelesan,oke! :P]
positif-lah pd Dia! :) ,usaha terus, doa jangan putus!
"I will never say never!
I will fight till forever!
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground! "

"nak jadi sekuat,segigih&setabah kung fu panda, sehikmah master sifu nya~"
0_o Ameen!