biar Dia yang memujuk hati ini~



bila emosi mengunci hati,lalu lahirlah ayat ayat dari hati sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Robbi...

Terima kasih ya Allah kerana tidak jemu-jemu memberikan ujian buat hambaMu yg kerdil ini..terasa bertuah kerana sering dipandang dengan ujian yang diundang Allah...
ku usahakan..agar hati ini tidak terbelenggu dek emosi...
puas menghabiskan sisa-sisa air mata di sejadah pemberian bonda,daku bangun..mentafsirkan monolog hati ke kanvas penulisan..
Ya Robbi...diri ini terlalu merindukan Mu! terlalu rindu... :'(
daerah jenis apakah yg sedang ku lalui sekarang? :'(
Allahu Allah...jangan kau pesongkan hati ini setelah Kau memberikan ku hidayahMu...
monolog hati..

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,

Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Duhai pemilik hati,hanya kepada Engkau lah aku meminta dan bergantung harap,kuatkanlah dan lapangkanlah hatiku kerana Engkaulah sumber kekuatanku Ya Allah.. :'(

Allah beri ujian,biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendakNya... :')

teringat...

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."

Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka...

bangunlah menghadap Dia..
Dia merindukan rintih dan tangis kita...


bisikan dari saya buat kalian semua ...


3 comment:

Pejuang UA said...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[13:28]

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[3:200]

angah said...

ko yg tdo xingat2..org kejut xbgn cettt

iylia ismail said...

singgah jap. jenguk2 la http://laiyernjourney.blogspot.com/